Pages

Friday 14 July 2017

Dream Big !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menulis setelah sekian lama. Post terakhir blog ni pun 2 tahun lepas. How times fly. 2 tahun yang singkat dari segi masa namun dicorakkan dengan pelbagai warna cerita hidup. 2015 adalah tahun terakhir Ima di Kolej Islam As Sofa dan telah berjaya menerima Diploma Syariah Islamiah pada hujung tahun tersebut. Alhamdulillah. Sekarang, baru saja selesai temuduga di sebuah universiti tempatan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Masih menanti jawapan penerimaan. Mohon doa daripada sahabat pembaca sekalian. Nanti dah tahu keputusan baru Ima bagitahu universiti mana ye.

Okay. Entri kali ni nak berkongsi tentang satu kata-kata yang rasanya ia mampu menggegarkan hati manusia yang masih lagi rasa takut-takut dengan impian sendiri. Apa Ima cakap ni ? Ceritanya macam ni. Ima ada tengok satu video seorang pelukis ni since I love art so much. Dia bukan pelukis biasa-biasa. Lukisan beliau menggunakan pasir kilat-kilat yang budak-budak selalu main tu. 

Nampak biasa tetapi memerlukan tahap penilitian yang tinggi. Dia pernah berjumpa dengan pelukis-pelukis terkenal dan tunjukkan hasil lukisan dia tapi diperlekehkan seakan ia adalah daripada bahan mainan kanak-kanak. Tapi bila Ima tengok cara dia lukis dan hasilnya, Korea sebut, nomo arum daum ! English version, its so beautiful !
Tapi, beliau berpegang dengan satu prinsip dan kata-kata itu menyentak hati saya.

“Once you have a dream, dream big!”

Dengan kuasa media social, beliau viralkan hasil seni tu dan dapat perhatian ramai orang. Apa yang Ima nak kongsikan ialah, once you have a dream, buat betul-betul. Tapi impian kena seiring dengan usaha. Lakarkan pada satu kertas progress yang kita rancang untuk capai impian kita tu. Biar lambat, asalkan ia berterusan dan always on track despite how hard it is.

Apabila kita telah mempunyai impian, fizikal dan mental juga perlu bersedia dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Di sinilah peranan ilmu dan iman dalam meningkatkan kualiti diri dan kualiti impian yang ingin dicapai itu sendiri. Sebagai seorang hamba Allah, jangan lupa untuk sentiasa menjaga hubungan denganNya dan sentiasa berdoa agar segala urusan mencapai impian kita dipermudahkan olehNya.


That’s all for now. Just a short sharing. Impian Ima ? Next entry okay. Inshaa Allah. Moga bermanfaat and dream big !


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.